Selasa, 28 Oktober 2014

PENGKOMPUTERAN AWAN



Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet (awan).



Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet).

Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses di mana anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video.

Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuat alih data-data milik anda laman web kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.



Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama.

PENGENALAN KEPADA INTERNET



Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.

Sekiranya kita menggunakan komputer biasa (tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut.

Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.



Internet adalah sebuah sistem komunikasi global yang menghubungkan komputer-komputer dan jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Setiap komputer dan jaringan terhubung secara langsung mahu pun tidak langsung ke beberapa jalur utama yang disebut internet backbone dan dibezakan satu dengan yang lainnya menggunakan unique name yang biasa disebut dengan alamat IP 32 bit. Contoh: 202.155.4.230 .

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.



Komputer dan jaringan dengan berbagai platform yang mempunyai perbezaan dan ciri khas masing-masing (Unix, Linux, Windows, Mac, dll) bertukar informasi dengan sebuah protokol standard yang dikenali dengan nama TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). TCP/IP tersusun atas 4 layer (network access, internet, host-to-host transport, dan application) yang masing-masing memiliki protokolnya sendiri.

Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang khusus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.


Takrif Protokol Rangkaian

Protokol adalah tata tertib yang perlu di ikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang digunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.

Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan

Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, iaitu, komunikasi dan capaian maklumat.



Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh dikatakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian jauh, perkhidmatan fail, penyebaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah dibina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.
PROTOKOL

Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta.

Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah TCP/IP.

TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address.

IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda.

Contoh simulasi IP Address dalam protokol TCP/IP

Contoh IP Address:


Peralatan yang diperlukan untuk LAN

Pada umumnya peralatan yang diperlukan untuk sistem LAN tidak sama diantara satu jenis topografi dengan satu topografi yang lain.

Tetapi pada asasnya perkara-perkara yang mesti ada untuk satu sistem LAN ialah kad rangkaian antara muka, kabel, penyambung .

Secara terperincinya adalah bergantung kepada jenis LAN yang digunakan.

Contoh peratan yang digunakan untuk satu LAN.

1. Kad Rangkaian Antaramuka

2. Kabel “Twisted Pair”

3. Sambungan “RJ45 modular”

4. Kabel “Twisted Pair” yang disambung ke server melalui wayar hub

5. Kabel Coaxial

6. Penyambung “BNC twist-lock”

7. T-connector

8. Kabel Coaxial daripada Server atau kepada komputer lain.

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN


Rangkaian komputer

Koleksi sejumlah komputer yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui media yang di kongsi.

Sebelum pembangunan teknologi rangkaian, komputer-komputer peribadi adalah terasing diantara satu sama lain, melainkan ianya dihubungkan dengan komputer Kerangka Utama (Main Frame).


Kegunaan Rangkaian Komputer

Untuk Berkongsi Sumber atau Perkakasan

Dengan rangkaian komputer pengguna dapat berkongsi sumber dan perkakasan seperti contohnya file, printer, modem, mesin fax.

Untuk Berkongsi Perisian

Pengguna tak perlu mempunyai satu sistem yang boleh memuatkan kesemua program atau perisian dalam komputer mereka. Apa yang diperlukan hanyalah perisian asas untuk membolehkan komputer beroperasi. Selainnya pengguna dapat berkongsi dengan pengguna yang lain ataupun boleh mendapatkannya terus daripada pelayan ataupun server.

Untuk Meningkatkan Produktiviti

Dengan menggunakan rangkaian komputer ianya lebih menyenangkan untuk berkongsi data dan maklumat dikalangan pengguna.

Kos Efektif

Oleh kerana pengguna dapat berkonsi sumber, perkakasan dan juga perisian maka pengguaan rangkaian komputer menjadi murah dan pelaburannya juga adalah kos efektif.

Cepat dan Segera


Pengguna tak perlu menghabiskan masa yang lama untuk bertukar-bertukar maklumat dengan pengguna yang lain. Apa yang diperlukan adalah sebuah komputer yang di rangkaikan dengan rangkaian komputer yang lain.